Ahad, 6 Julai 2014

HARGA VITAMIN SHAKLEE MAHAL KE?

ASSALAMUALAIKUM.....

Sebelum saya teruskan penulisan ni saya nak tanya anda yg pernah mengambil vitamin shaklee ni mahal ke?

ye kot,mahal la jugak...rasa macam tak mampu je,baik beli makanan,kenyang jugak kan.

kalau satu set bajet pun dah rm150....kalau buat beli barang dapur dah tahan untuk dua minggu kan?

haa...itu lah masaalah masyarakat melayu sekarang,hal kesihatan di tolak ke tepi,tapi lebih memikirkan hal yg biasa je.

mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.....lagi pun kita tak tahu bila kita akan sakit dan sakit tu akan datang tanpa kita sedari,

boleh jadi sakit yg datang tu teruk sampai kita x boleh nak bergerak atau kalau sakit demam selsema biasa je pun kita dah tak tahan. jadi jangan la kita terlalu berkira berbelanja untuk kesihatan kita.

banyak pulak saya membebel ni kan?

disini saya nak kongsikan pengalaman saya tentang mahal ke vitamin shaklee ni?

kalau di ikutkan memang saya tak mampu nak beli vitamin ni,...saya hanya suri rumah biasa,suami pulak berkerja di pasar borong menjual ikan,

gaji suami pun cukup-cukup untuk bayar sewa rumah,belanja keperluan harian,barang dapur dan untuk simpan sikit.

nasib baik la kereta dah habis bayar.....dapat la bernafas sikit.kami hidup sederhana je.

di pendekkan cerita anak ke-3 kami di sahkan mengidap jantung berlubang dan perlu ulang alik ke IJN untuk ambil ubat, ambil ubat tu kena la bayar sikit, sikit tu adalah dalam rm100 lebih.

tapi kalau buat rawatan dan ada temujanji ngan dokter,terbang la jugak seratus dua ratus ringgit, pernah sampai rm300 lebih.....itu dah tentu.

masa tu lah saya ambil keputusan nak cuba vitamin shaklee, walau pun tahu yg kami pasti akan keluarkan belanja untuk beli vitamin, tapi untuk memastikan anak saya sihat dan cukup zat dan nutrisi untuk mengelak dia dari sakit atau demam, saya rela berkorban.

masa tu umur anak saya yg diberi nama aryna humairah

maaf la ye, saya ni tak pandai nak cakap omputih ape lagi nak tulis ke eja ke dalam bahasa tu, bahasa perubatan lagi la buta, tapi saya cuba sampaikan mengikut apa yg boleh difahami dan di baca oleh pembaca ye.

ok...mengikut apa yg diberitahu kat saya oleh dokter, penyakit jantung berlubang ni ada macam-macam jenis....ada yg lubangnya dua dibahagian yg berlainan, ada jugak yg jantung berlubang dan injap jantung pulak yg sempit,....kalau nak cerita bab penyakit jantung berlubang ni memang tak habis,

tapi yg pastinya saya masih bersyukur sebab dalam kes anak saya ni hanya melibatkan lubang dijantung je, ukuran lubang dijantungnya yg sebelah bawah bahagian kiri tak silap saya, agak besar ukurannya dalam 12-14 mm, itu lah ukuran yg diberitahu oleh dokter kat kami.

memang luas....darah yg mengalir dibahagian lubang tu bercampur dengan bahagian laluan oksigen, jadi itu menyebabkan sebelah bahagian jantunngnya membengkak, jadi untuk mengurangkan bengkak tu anak saya dibekalkan dengan ubat untuk mengurangkan air dalam jantungnya.

kanak-kanak yg mengidap jantung berlubang pun ada masalah berat badan susah sangat nak naik, bayangkanlah dalam setahun berat anak saya cuma baik 2 kilo 1/2 je. terpaksa la kami top up dengan susu fomular pediasure yg berharga rm84 setin, tapi kalau beli kat pasaraya 99 dapat la rm76 setin,

setin tu tahan lah 2 minggu,  masa tu pun saya masih menyusukan anak saya, sebab umur dia pun tak sampai dua tahun lagi.....tapi ALLAH tu maha kaya dan maha penyayang, dalam kehidupan kami sederhana macam tu, tetap diberikan rezki dan sentiasa mencukupkan keperluan kami sekeluarga...ALHAMDULILLAH.

Isnin, 10 Mac 2014

SOYA DI DALAM ESP SHAKLEE ADALAH SOYA YG TERBAIK.

Assalamualaikum.....

saya tahu ramai orang kat luar sana yg ada alahan pada kacang atauroduk yg berasaskan kacang.
tahu tak?...saya pun alah kacang jugak,tp saya suka minum air soya....jarang-jarang la saya minum.

3 ke 4 bulan selepas saya lahirkan humairah,berat anak saya tak berapa cantik,sampai doktor sarankan saya campur susu formular.tapi jangan stop bagi susu badan....kebetulan masa tu susu badan saya tak banyak sangat,tp cukup-cukup la....

di pendekkan cerita humairah tak berapa minum susu ganti tu,dia lebih sukakan susu badan.jadi saya pun cuba lah cari produk yg boleh memperbanyakkan susu,masa tu saya tak kenal lagi jenama shaklee ni......cari punya cari jumpa la ngan satu produk ni....namanya esp...lepas baca-bace,rupanya esp ni ialah soya....kebanyakan blog yg bercerita pasal makanan tambahan yg saya baca,mesti ada post pasal esp ni,hot sangat ke esp ni?....tp aku tak pernah tengok pun sebelum ni.

punya lah saya masa tu nak sangat cuba esp ni,lepas baca dah ramai testimoni esp shaklee ni yg berjaya menyusukan anak mereka dengan jayanya lepas mengamalkan saplemen shaklee yg top ni.alhamdulillah.....

tapi saya terfikir pulak sebab esp ni berasaskan soya,tak pe ke?kang jadi lain pulak kang,nanti minum bende ni tak pasal-pasal aku ngan anak aku berkudis satu badan.

lama jugak saya tangguhkan nak beli sebab takut satu dan bagi saya esp ni pun mahal jugak hargannya.

saya ni kalau dah minat dengan satu-satu barang tu saya akan cuba jugak siasat dan saya akan cuba cari produk yg betul-betul selamat untuk saya dan keluarga....lagi pun saya masa tu baru nak belajar pasal internet ni.

macam-macam yg ada dalam internet ni....semua info pasal produk boleh dicari.......kat internet ni jugak la saya tertarik dengan produk shaklee ni.

pasal apa saya kata soya esp ni yg terbaik antara produk soya yg lain?
sebab soya yg biasa kita jumpa dipasaran tu kebanyakannya adalah soya dari jenis GMO,iaitu soya yg ditanam mengunakan bahan yg mempercepatkan genetik pokok soya itu tumbuh yg di panggil Genetically modified organism (GMO).

berbeza dengan soya esp yg NON-GMP,yg di proses dengan cara semulajadi,cara memprosesannya pun dengan menggunakan air bukan alkohol....kualiti dan zat didalam soya tu dijamin adalah yg terbaik.

Energizing soy protin (ESP) shaklee menyediakan 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh,ia turut di perkaya dengan 5 sumber vitamin , 4 sumber mineral dan kandungan Indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39,ia sangat sesuai sekali untuk pengidap kencing manis.

tahu tak? satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging,4 kali ganda telur,12 kali ganda susu dan ianya rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid uric dan mudah di serap oleh badan.

sebab itu lah ESP shaklee di gemari ramai....boleh di ambil oleh sesiapa sahaja,

-kanak2,
-wanita hamil,
-orang yg baru lepas pembedahan,
-penghidap kencing manis,
-darah tinggi,
-pesakit jantung
-untuk ibu yg menyusu,
-yg nk menguruskan badan,
-untuk kecantikan kulit dan banyak lagi...

untuk info lebih lanjut tentang produk shaklee yg lain atau untuk daftar ahli shaklee,
boleh hubungi saya,sms atau pm saya di fb :

SID:0107322
SANI ZAKIAH
018 3193523                            

Rabu, 12 Februari 2014

KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN?

Bismillaahirahmanirrahim......
Assalamualaikum warahmatullah..........

Korang mesti pernah mengalami masaalah berat badan yg susah nk turun,walaupun macam-macam ubat atau ubat diet yg korang makan...kan?
sebenarnya dalam kes ni ramai yg buat silap dalam berdiet.
saya nak kongsi kan disini sebab saya sendiri pun mengalami masaalah yg sama dalam mengurangkan berat badan.

kalau nk di ikutkan,badan saya ni kecik je,berat badan saya meningkat selepas piriot datang...haa...lepas tu badan sy makin bam-bam...
masuk umur 20,berat saya dalam 65-68 kg gitu lah,masa tu saya dah cuba untuk kukangkan berat badan.saya pernah makan jamu,teh diet,krim panas,konon lah boleh diet makan tapi tetap x berkesan....

ye lah...macam mana nk jadi,bersenam pun tak,tidor banyak,makan pun tak jaga.kadang2 bila teringat nak kurus kurangkan makan,kadang2 tu tak makan sampai kena gastrik,lepas tu bila balik kampung atau ada kenduri,ambik makanan macam tak ingat dunia....habis tu macammana nak kurus,berat makin bertambah lagi ada lah.....lepas tu stress pulak ngan masaalah kerja.HADOIII.....

Mesti ada diantara pembaca ni ada masaalah yg sama macam saya kan?sy tak putus asa tau....saya masih ingat lagi masa saya nak kawin...saya ada masa 3 bulan....masa tu berat saya kalau tak silap dalam 
 70 ke 73 kg dengan ketinggian saya 153 inci...agak-agak korang boleh bayangkan tak macammana badan saya masa tu gemuk kan?......masa kawin pun berat turun mungkin 2 kg je kot,tak ade perubahan pun.

Sampai lah saya lahirkan anak ke-2,berat turun sikit dari masa sebelum bersalin berat 80 kg sampai anak saya 5 6 bulan berat turun 12kg dan saya tak ada makan ubat diet apa-apa pun cuma bf anak sepenuh masa.

nak tahu tak?menyusukan anak pun boleh kuruskan badan jugak tau....sabab apa yg kita makan,akan pergi pada ank yg menyusu.sebab tu ibu yg menyusu kena ambil lebih kalori dalam 3000kcl lebih sikit dari wanita biasa.
haaa....tip nya kalau yg nak kurus lepas bersalin tu,susukan lah anak kita dengan susu kita sendiri,bukan saja boleh menguruskan badan kita,anak kita pun lebih sihat dan kurang dapat penyakit.

Dan berat badan saya makin naik bila saya mengandung kan anak saya yg ke-3.melampau-lampau naik nya....sampaikan kaki dan tangan saya bengkak macan kena pam-pam,nak bangun masa solat pun saya kena pegang bucu katil,kadang-kadang tu saya solat sambil duduk je.nasib baik tak ada kencing manis masa tu...alhamdulillah..

masa sy bersalin berat saya masa tu 95kg....mashaallah...tak pernah berat saya sampai 90kg lebih,ngeri tengok badan saya masa tu...huhuhu....

Saya pasti dan memang pasti ramai yg pernah alami masaalah macam ni....nak buat macam mana kan demi untuk melahirkan seorang anak....seseorang ibu tu sanggup mengorbankan tubuh badannya yg dulu begitu cantik dan slim,tapi berubah menjadi gempal dan tak ada bentuk selepas melahirkan anak.... 

sekarang ni saya bersyukur sebab jumpa dengan shaklee..... produk yg sesuai dan berkesan untuk turunkan berat badan.....misi saya adalah,nak turunkan berat badan sebanyak yg mampu...emm...mungkin sampai 55kg...hihi boleh ke?inshaallah boleh.

nak tahu apa yg saya ambik?

ESP + ALFALFA + MEALSHAKER.

Lain kali saya akan cerita kebaikan produk shaklee yg saya ambil...

untuk pertanyaan lebih lanjut atau ingin mengetahui tentang produk shaklee yg lain
boleh hubungi , sms atau pm saya :

SID :0107322
SANI ZAKIAH
018 3193523